Tuesday, February 26, 2013

western menu - lasagna

menu nie aku buat 2 malam lepas.... balik kije awal around kul 3 ptg dah kuar opis, so terpikir nak try wat lasagna nie.. aku terus p supermarket beli brg2 n terus pecut balik umah... kunun2 x sabar2 nk tgk jd ker x?... hehehe... alhamdulillah jadik jugak walau x cukup bahan... hahaha... aku terlupa nak beli cendawan.. huhu.. xdek cendawan pun besss.. camane lak kalu letak, lagi lagi lah besss.... hhahaha

jom  layannnnnn......


semak resepi lasagna nie ek... resepi try n error ja nie.... n alhamdulillah jadik.....

bahan-bahan;
5 keping lasagne
250 gm daging kisar
2 biji tomato*
1 biji lobak merah sederhana besar*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
*di dadu
1 tin kecil puri tomato
1 sudu makan sos tomato
sedikit minyak untuk menumis
keju parmesan
garam & gula

bahan-bahan untuk sos putih; aku amik dr CMG punya resepi tp aku ejas ikut kesesuaian bahan & kuantiti
400 ml susu segar - aku guna air suam + 4 sudu kecil susu tepung
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam

cara sediakan; lasagna di rebus bersama dengan sedikit minyak masak sehingga lembut... kemudian angkat n toskan... ketepikan dahulu.... kemudian untuk bahan inti panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih, goreng sehingga naik bau... kemudian masukkan daging kisar dan masak sehingga daging betul-betul masak... kemudian masukkan tomato puri & sos tomato.... kacau... pas tu masukkan lobak merah dan tomato.... kacau dan perasakan dengan gula dan garam...

cara sediakan sos putih; satukan semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat.... kemudian angkat....

susun kepingan lasagna di dalam bekas kemudian isi inti dan kemudian di siram dengan sos putih.... kemudian lapik balik kepingan lasagna tersebut  n kemudian isi inti dan sos putih sehingga kepingan n bahan habis... selepas itu, lapisan yang atas sekali di tutupi dengan keju parmesan..... kemudian lasagne di bakar pada suhu 170C selama 35-40 minit....


4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...