Friday, November 19, 2010

projek kek

salam hari raye ke 2... ari ni aku just nak share kek yg dah aku buat last 2 days... resepi nie aku amik dekat http://hanamemories.blogspot.com/...

jom layan....

nampak comot skit.. hehehe... janji besss
nie yang dlm loyang lagi... abailah yg hitam2 tompok tuh ok pasal xdek aluminium foil nak tutup atas tuh... hehehe
bahan utk brownies;
250 gm mentega - dicairkan melalui kaedah double boiler
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
*disatukan dan diayak

bahan utk cream cheese;
250 gm cream cheese
3/4 cawan gula halus
1 biji telur gred B

cara sediakan;
utk brownies; cairkan mentega menggunakan kaedah double boiler... kemudian masukkan serbuk koko dan kacau rata... masukkan susu cair dan esen vanilla... kemudian masukkan adunan tepung gandum dan kacau sebati... ketepikan... pukul telur beserta dengan gula halus sehingga sebati... campurkan dalam adunan tepung tadi.... asingkan adunan sebanyak 1 1/2 camca besar untuk lorekan atas kek nanti.... kacau rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang 10x10x2 dan bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 35 - 40 minit atau sehingga masak...

utk cream cheese; pukul cream cheese hingga sebati... kemudian masukkan gula halus dan kacau rata... selepas itu masukkan telur dan kacau sebati.... tuangkan adunan cream cheese ini pada brownies yang sudah masak tadi dan ratakan... kemudian isikan lebihan adunan brownies tadi ke dalam piping beg n lorekkan pada cream cheese tersebut.... bakar pula selama 15 - 20 minit.... sejukkan dahulu sebelum dihidangkan....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...